Sabda Rasulullah ان في الجسد مضغة اذ صلحت صلحت الجسد كله... ”Sesungguhnya di dalam badan manusia itu ada SEGUMPAL DAGING. Bila ia baik maka baik pulalah badan itu. Dan apabila ia ROSAK maka rosaklah seluruh badan itu. Ketahuilah! Ia adalah HATI. (HR.Syaikhani)
Abu Hurairah
berkata: “Hati adalah RAJA anggota tubuh. Dan anggota tubuh adalah PRAJURITnya.
Apabila Rajanya Baik mengatur urusan prajuritnya maka akan MENANGLAH pasukan
tersebut.”
Kebanyakan
alasan orang yang merokok adalah kerana IKUT2AN. Bergaul bebas
dengan kawan2 yang kurang mendapat DIDIKAN yang baik dari keluarganya. Dan
tinggal dalam masyarakat yang jahil agama.
Firman Allah ولا تقف ما ليس لك به علم..... = Dan janganlah kamu IKUT2AN berkaitan perkara yang tiada
pengetahuan bagimu Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya akan
diminta PERTANGGUNG
JAWAPANNYA dihadapan Allah. (QS.Al-Isra:36)
Biasanya ketika
dalam keadaan relax/santai atau dalam kondisi jiwa kacau bermulalah keinginan
menghisap rokok ini. Padahal dalam setiap suasana Allah telah berkata: فالهمها فجورها وتقواها = Maka Kami selalu memberi ILHAM/bisikan
kedalam hati manusia agar ia memilih jalan yang buruk atau jalan
takwa.(QS.Asy-Syam: 8)
Tatkala seorang Muslim memilih API DAN ASAP
yang merupakan asal muasal
kejadian Iblis/Jin Musuh manusia, maka kemanakah AKALNYA?
Firman Allah: وقلوا لو كنا نسمع او نعقل ما كنا في اصحب الساعر = Dan orang2 yang berdosa berkata (di
akhirat nanti) “Seandainya dahulu kami MENDENGAR
dan MENGGUNAKAN AKAL kami, tentulah kami tidak
masuk kedalam API YANG MENYALA2.” (QS. Al Mulk :10)
Sendiri Buat
Sendiri Tanggunglah, kerana dulu di dunia berseronok dengan bara api dan
asapnya yang tak memberi Faedah.
Firman Allah: وكلوا واشربوا ولا تسرفوا... = Makan dan Minumlah dan jangan BERLEBIH2AN. Sesungguhnya Allah
TIDAK SUKA orang
yang berlebih2an.(QS.Al-A’raf:31). Pastinya rokok termasuk dalam ayat ini.
Dari Miqdam Bin
ma’di Karib Rasulullah telah bersabda
yang mafhumnya: … Cukuplah bagi manusia mengisi perutnya 1/3 untuk MAKANAN, 1/3 untuk MINUMAN, dan 1/3 untuk PERNAFASAN . (HR.
At-Tirmidzi; Ibnu Majah; Sanad Shahih).
BAYANGKAN susahnya bernafas bila hidung penuh dengan asap?

No comments:
Post a Comment