Banyak masjid yang membuat penempatan khas untuk kanak-kanak ketika solat.
Mereka dijarakjauhkan daripada saf orang dewasa. Kadangkala
jauhnya itu pulang diselang beberapa saf. Ditulis pula satu papan tanda "saf
kanak-kanak". Ini semua berpunca daripada"khurafat" yang
disandarkan kepada fikah kononya jika kanak-kanak yang belum baligh atau
belum sunat tidak layak solat disaf hadapan. Adakah ini ajaran islam ?
dimanakah dalil dan hujahnya ?
Fatwa seperti ini sebenarnya terpinggir dari penghujahan
dalil dan kewarasan akal. Ketika Ibn Abbasmasih kanak-kanak,
Rasulullah S.A.W bersolat dan memegang telinga atau kepala Ibn Abbas bersolat
di tepi baginda.
Kata Ibn Abbas : "
Rasulullah S.A.W bangun solat malam, aku turut serta bersamanya. Aku berdiri di
sebelah kiri Baginda. Baginda memegang kepalaku lalu menjadikan aku berada di
sebelah kanan Baginda." (
Riwayat Al-Bukhari )
Rasulullah S.A.W bersabda : " Rasulullah berdiri
untuk solat. Aku bersaf dengan seorang budak yatim di belakang Baginda.
Sementara wanita tua berada di belakang kami." ( Riwayat
Al-Bukhari )
Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud yang menyatakan Rasulullah S.A.W menjadikan saf
lelaki dewasa di hadapan kanak-kanak, hadis itu daif dari segi
sanadnya.
Kata Syeikh Nasir: "Adapun
menjadikan saf kanak-kanak dibelakang lelaki, aku tidak dapati melainkan hadis
ini sahaja. Ia tidak dapat dijadikan hujah. Tidak mengapa kanak-kanak berdiri
dalam satu saf sebelah lelaki dewasa jika saf masih luas."
Solat anak yatim bersama Anas di belakang Rasulullah S.A.W
menjadi hujah dalam masalah ini ( Al-Albani, Taman-alminah, 284, Riyadh Dar
ar-Rayah )
Hasil lain daripada kecelaruan ini, ada orang
dewasa yang sanggup menarik kanak-kanak yang sedang solat keluar dari saf
kerana dia hendak masuk saf. Kemudian disuruh budak itu ke saf
belakang. Akhlak buruk ini menjadikan kanak-kanak berjiwa lemah ketika
berada di Masjid.
Sementara orang dewasa yang lewat datang dan menarik
kanak-kanak keluar itu pula terbiasa dengan sikap buruk sebagai seorang
perampas yang datang lewat lalu merampas tempat orang yang lebih awal.
Dalam hadis Nabi S.A.W, baginda bersabda : "Aku
mendirikan solat ( sebagai imam ) dan aku berhasrat ingin memanjangkannya.
Tiba-tiba aku mendengar tangisan bayi, maka aku menyegerakan solatku kerana aku
tidak suka membebankan ibunya." ( Riwayat Al-Bukhari )
Lihatlah sikap mesra pelanggan yang ditunjukkan oleh
Baginda. Maka tidak hairan, masjid di zaman Baginda menjadi tempat terpautnya
hati setiap generasi. Hadis ini juga memberi maksud imam mesti meringankan
solatnya, jika makmum ramai di belakangnya.
Demikianlah Nabi S.A.W menjaga perasaan ahli
jemaahnya. Adapun kita, jika anak menangis, ibunya pasti dipandang
sinis. Maka jangan hairan jika kanak-kanak atau remaja merasai lebih
diberi layanan ketika berada di pusat-pusat hiburan, jika dibandingkan dengan
masjid. Kemudian kita"bising" apabila jenerasi muda tidak
minat dengan masjid atau tidak selesa dengan masjid.
Bukan alasan jika kanak-kanak berada di saf hadapan, akan
bising mengganggu solat, itu alasan yang
kuno sama sekali, adalah lebih bising kanak-kanak itu dikumpulkan dalam satu
saf khas, kerana akan bertemu "Ultraman dan "Doreamon". Jika saf
kanak-kanak diselang selikan dengan saf orang dewasa, adakah akan berlaku
bising ? pastinya tidak..maka fikirlah kita semua.
Lakukanlah cara nabi yang dipertontonkannya, bukannya
dengan akal fikiran kita sahaja.


