Followers

Saturday, 24 March 2012

SAF KANAK-KANAK DALAM SHOLAT JEMAAH


Banyak masjid yang membuat penempatan khas untuk kanak-kanak ketika solat. Mereka dijarakjauhkan daripada saf orang dewasa. Kadangkala jauhnya itu pulang diselang beberapa saf. Ditulis pula satu papan tanda "saf kanak-kanak". Ini semua berpunca daripada"khurafat" yang disandarkan kepada fikah kononya jika kanak-kanak yang belum baligh atau belum sunat tidak layak solat disaf hadapan. Adakah ini ajaran islam ? dimanakah dalil dan hujahnya ?

Fatwa seperti ini sebenarnya terpinggir dari penghujahan dalil dan kewarasan akal. Ketika Ibn Abbasmasih kanak-kanak, Rasulullah S.A.W bersolat dan memegang telinga atau kepala Ibn Abbas bersolat di tepi baginda.

Kata Ibn Abbas : " Rasulullah S.A.W bangun solat malam, aku turut serta bersamanya. Aku berdiri di sebelah kiri Baginda. Baginda memegang kepalaku lalu menjadikan aku berada di sebelah kanan Baginda."  ( Riwayat Al-Bukhari )

Rasulullah S.A.W bersabda : " Rasulullah berdiri untuk solat. Aku bersaf dengan seorang budak yatim di belakang Baginda. Sementara wanita tua berada di belakang kami."  ( Riwayat Al-Bukhari )

Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud yang menyatakan Rasulullah S.A.W menjadikan saf lelaki dewasa di hadapan kanak-kanak, hadis itu daif dari segi sanadnya. 

Kata Syeikh Nasir: "Adapun menjadikan saf kanak-kanak dibelakang lelaki, aku tidak dapati melainkan hadis ini sahaja. Ia tidak dapat dijadikan hujah. Tidak mengapa kanak-kanak berdiri dalam satu saf sebelah lelaki dewasa jika saf masih luas."

Solat anak yatim bersama Anas di belakang Rasulullah S.A.W menjadi hujah dalam masalah ini ( Al-Albani, Taman-alminah, 284, Riyadh Dar ar-Rayah )

Hasil lain daripada kecelaruan ini, ada orang dewasa yang sanggup menarik kanak-kanak yang sedang solat keluar dari saf  kerana dia hendak masuk saf. Kemudian disuruh budak itu ke saf belakang. Akhlak buruk ini menjadikan kanak-kanak berjiwa lemah ketika berada di Masjid. 

Sementara orang dewasa yang lewat datang dan menarik kanak-kanak keluar itu pula terbiasa dengan sikap buruk sebagai seorang perampas yang datang lewat lalu merampas tempat orang yang lebih awal.

Ada juga masjid pihak masjid tidak suka kanak-kanak terlalu ramai ke masjid. Bimbang nanti mengganggu keheningan masjid. Dukacita sikap sedemikian tersimpan dalam perasaan sesetangah orang. Hal ini kerana sesetengah kita lebih ingin menjaga warna karpet baru dari daripada berkempen mendapat jemaah baru.

Dalam hadis Nabi S.A.W, baginda bersabda : "Aku mendirikan solat ( sebagai imam ) dan aku berhasrat ingin memanjangkannya. Tiba-tiba aku mendengar tangisan bayi, maka aku menyegerakan solatku kerana aku tidak suka membebankan ibunya."  ( Riwayat Al-Bukhari )

Lihatlah sikap mesra pelanggan yang ditunjukkan oleh Baginda. Maka tidak hairan, masjid di zaman Baginda menjadi tempat terpautnya hati setiap generasi. Hadis ini juga memberi maksud imam mesti meringankan solatnya, jika makmum ramai di belakangnya.

Demikianlah Nabi S.A.W menjaga perasaan ahli jemaahnya. Adapun kita, jika anak menangis, ibunya pasti dipandang sinis. Maka jangan hairan jika kanak-kanak atau remaja merasai lebih diberi layanan ketika berada di pusat-pusat hiburan, jika dibandingkan dengan masjid. Kemudian kita"bising" apabila jenerasi muda tidak minat dengan masjid atau tidak selesa dengan masjid.

Bukan alasan jika kanak-kanak berada di saf hadapan, akan bising mengganggu solat, itu alasan yang kuno sama sekali, adalah lebih bising kanak-kanak itu dikumpulkan dalam satu saf khas, kerana akan bertemu "Ultraman dan "Doreamon". Jika saf kanak-kanak diselang selikan dengan saf orang dewasa, adakah akan berlaku bising ? pastinya tidak..maka fikirlah kita semua.

Lakukanlah cara nabi yang dipertontonkannya, bukannya dengan akal fikiran kita sahaja.

ROKOK ADALAH RACUN BAGI HATIMU


            Sabda  Rasulullah          ان في الجسد مضغة اذ صلحت صلحت الجسد كله... ”Sesungguhnya di dalam badan manusia itu ada SEGUMPAL DAGING. Bila ia baik maka baik pulalah badan itu. Dan apabila ia ROSAK maka rosaklah seluruh badan itu. Ketahuilah! Ia adalah HATI. (HR.Syaikhani)
Abu Hurairah berkata: “Hati adalah RAJA anggota tubuh. Dan anggota tubuh adalah PRAJURITnya. Apabila Rajanya Baik mengatur urusan prajuritnya maka akan MENANGLAH pasukan tersebut.”
Kebanyakan alasan orang yang  merokok adalah kerana IKUT2AN. Bergaul bebas dengan kawan2 yang kurang mendapat DIDIKAN yang baik dari keluarganya. Dan tinggal dalam masyarakat yang jahil agama.
Firman Allah ولا تقف ما ليس لك به علم..... = Dan janganlah kamu IKUT2AN berkaitan perkara yang tiada pengetahuan bagimu Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya akan diminta PERTANGGUNG JAWAPANNYA dihadapan Allah. (QS.Al-Isra:36)
Biasanya ketika dalam keadaan relax/santai atau dalam kondisi jiwa kacau bermulalah keinginan menghisap rokok ini. Padahal dalam setiap suasana Allah telah berkata:    فالهمها فجورها وتقواها = Maka Kami selalu memberi ILHAM/bisikan kedalam hati manusia agar ia memilih jalan yang buruk atau jalan takwa.(QS.Asy-Syam: 8)
 Tatkala seorang Muslim memilih API DAN ASAP yang merupakan asal muasal kejadian Iblis/Jin Musuh manusia, maka kemanakah AKALNYA?
Firman Allah: وقلوا لو كنا نسمع او نعقل ما كنا في اصحب الساعر = Dan orang2 yang berdosa berkata (di akhirat nanti) “Seandainya dahulu kami MENDENGAR dan MENGGUNAKAN AKAL kami, tentulah kami tidak masuk kedalam API YANG MENYALA2.” (QS. Al Mulk :10)
Sendiri Buat Sendiri Tanggunglah, kerana dulu di dunia berseronok dengan bara api dan asapnya yang tak memberi Faedah.
Firman Allah: وكلوا واشربوا ولا تسرفوا... = Makan dan Minumlah dan jangan BERLEBIH2AN. Sesungguhnya Allah TIDAK SUKA orang yang berlebih2an.(QS.Al-A’raf:31). Pastinya rokok termasuk dalam ayat ini.
Dari Miqdam Bin ma’di Karib Rasulullah telah bersabda yang mafhumnya: … Cukuplah bagi manusia mengisi perutnya 1/3 untuk MAKANAN, 1/3 untuk MINUMAN, dan 1/3 untuk PERNAFASAN . (HR. At-Tirmidzi; Ibnu Majah; Sanad Shahih).
BAYANGKAN susahnya bernafas bila hidung penuh dengan asap?    

Tuesday, 6 March 2012

Assalamualikum

Assalamualaikum,

Semoga kehadiran blog ini akan merapatkan mana yang jauh, menemui mana yang hilang.
Bukan kemewahan jadi ukuran, hati yang suci untuk menjadi teman.

Semoga kita dapat bertukar-tukar fikiran di alam maya ini.